Saturday, August 9, 2008

Adakah anda tahu?

Setiap tahun seramai 500 ribu pelajar yang mengambil SPM. Lebih kurang 140 ribu yang cemerlang.

Tempat untuk IPTA mampu menyediakan lebih kurang 70 ribu tempat sahaja. Ini bermakna 70 ribu pelajar lagi akan masuk ke IPTA seperti Politeknik, IKM, IKBN dan lain-lain.


Jika 140 ribu yang cemerlang sudah mempunyai tempat, dimanakah 360 ribu pelajar lagi berada?

Bukankah mereka ini juga ingin belajar? Mungkin kerana maklumat tidak sampai, tidak cukup wang, atau keputusan kurang memberangsangkan menyebabkan mereka kurang semangat untuk menyambung pelajaran.

Disinilah tugas kita untuk mengajak para pelajar untuk terus belajar. Mereka perlu diberi peluang. Lihatlah berapa ramai pelajar sewaktu SPM mereka mendapat keputusan kurang memberangsangkan namun mereka meneruskan juga pembelajaran dari sijil, menuju Diploma, kemudian ke peringkat ijazah dan malah ada yang sampai ke peringkat kedoktoran.

Dengan Orange International College pelajar boleh menyambung ke peringkat Ijazah di Universiti dalam dan luar negara seperti UK, Ireland, Australia dan lain-lain.

Mereka bukan sahaja mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran malah dapat pula memulakan pembelajaran dengan pembiayaan dari MARA, PTPTN dan lain-lain.

No comments: